Wednesday, October 29, 2014

Shanghai trip : part 2

salam semua!
hai janna nak sambung cerita trip ke shanghai hari tu. har har.. baru hari ni nak sambung? almaklumla.. baru dapat internet kat laptop ni. tu yang kalau boleh semua benda nak tulis. hihi. ok tak nak serabut. jadi janna cerita Shanghai trip yang di sponsor oleh company Hai-o.


takut macam cerita tergantung boleh baca entry yang lepas kat sini.
 ok lepas kitorang semua berjimba jimba di The Bund , kitorang terus pergi ke TV Tower . dekat je dengan The Bund. kitorang jalan kaki je. huhu best jugak jalan kaki kat negara China ni.

ni kaedahnya selfie sambil tertidur. hehehe

pemandangan dari atas menara. cantik sangat kalau tengok real real tau. :)





apa yang best tentang TV Tower ni ialah bangunan ni unik dan tak da kat malaysia. correct me if im wrong ok. :) sebab janna tak pernah tahu pulak kalau ada kat malaysia ^^
 bangunan ni tinggi. boleh nampak pemandangan hampir keseluruhan bandar di China. tapi gayat sebab kitorang terpaksa pijak glass ok bukan lantai. jadi kaw boleh nampak jalan raya dibawah tapak kaki. omagad. kalau teringat balik, gayat sampai nak menangis sambil nak peluk sesipa saja yang berada disitu. nak jalan ni siap berpimpim tangan sebab gayat. hahar. terserlah kegayatan aku. kehkeh3 ingat berani sangat. tapi dah alang alang sampai tak kan tak nak naik. huhu.
tak memasal duk bawah sipi sipi sambil memerhati. bagai melukut di tepi gantang. agagga.

ok kalau ada rezeki datang lagi ,janna dah ready fizikal dan mental naik menara tu ok. hehe.

selepas beberapa jam bertarung dengan kegayatan di atas menara tu, kitorang pergi pulak naik cruise menikmati keindahan malam di Shanghai. 


the ticket

inilah cruise kami!!

my buddy travel yang sentiasa setia menemani janna selfie kehulu kehilir. heheh :)
best kalau dapat buddy macam ni. almost catch a perfect moment. thanks beb!








banyak  tempat janna pergi by the first day touch down pu-dong shanghai. fuh!
dalam masa satu hari banyak gila tempat dah pergi. agak letih la. tapi BEST!!!
mananya tak best kalau trip ni disponsor oleh company kan.^^

dan selepas itu kami sudahkan hari kami dengan check in di salah satu hotel 5 bintang di shanghai. iaitu Baolong Hotel.
nanti janna cerita apa yang best tentang hotel ni. soon~

to be continue~

Tuesday, October 28, 2014

Tanda tanda anda sudah TEMBAM !!

salam semua,
hai! lama gila tak menaip pakai laptop. since modem broadband rosak janna update blog pakai henfon je. memang tak best. memang lah kadang kadang mudah. tapi part yang tak best bila nak klik pada link tak boleh klik dengan betul la. asek salah je. sampai naik fed up. end up dah berapa lama tak update blog. muehehhe. bila ada laptop tulis blog. baru la Blogger kan. wiwiwiwiw~

ok la.. sebenarnya nak cerita pasal benda lain sebenarnya tapi ada je mukadimah yang tak masuk betul dengan tajuk. hehehe. my bad. sorry.

bagi perempuan ni betul betul masalah. sensitif gila kan hal ni. bila ada orang tegur kita dah gemuk mula la naik hangin. nak tahu apa tanda tanda korang ni seorang yang tembam.!? lagi lagi tang pipi tu!
haish senang je nak detact!

tergigit pipi semasa makan.
ouch! sakit giler kan. siapa pernah tergigit pipi masa dia tengah makan? haha ada orang cakap ada orang mengumpat kita. haha tak baik tau fitnah. memandai je kan. tak tahu sebenarnya dia tu dah tembam dah pipi tu. cuma belum ada orang tegur je lagi.wiwiwiwi~~


still tak percaya? kejadian ni sebenarnya dah berlaku pun pada janna sendiri. aouchh!! giler saket tau tak. sampai sekarang sakit lagi. tak tau makan apa sedap sangat sampai pipi sendiri pun terkunyah sekali. LOL.

sampai la satu hari ambik selfie sendirian. dan merasakan pipi dah naik. macam pau!. omagadd!!!
lepas tu baru la encik tunang mula bersuara.
"memang dah tembam pun~"

slumber je kan dia cakap, amagadd! kenapa tak tegur dari dulu lagi. sampai hati!. terus merajuk 44 hari. sampai pipi surut. ! huh.

korang pernah tak terigit pipi macam janna? just nak tahu korang rawat macam mana?
google jugak tapi kebanyak orang lain cerita tergigit bibir je,. so far janna tak pernah pulak terigit bibir semasa makan. kalau terigit bibir tu tanda tanda bibir tembam? LOL


Yang Tertarik

Yang menarik